Wednesday, July 25, 2012

Sudahkah kita menghargai???



Gua kali ni nak menceritakan mengenai pentingnya sebuah penghargaan dalam kehidupan. Perkara ini dipandang kecil dan sepi oleh sesetengah manusia tetapi sebenarnya ianya sangta penting dalam kehidupan normal.

Gua rasa anda mesti pernah ditolong oleh seseorang tetapi berasa segan untuk mengucapkan terima kasih sebab perkara ini pun gua pernah hadapi dulu. Tetapi dengan ucapan ringkas tersebutlah menyebabkan seseorang yang telah menolong kita merasa gembira walaupan tidak diberi penghargaan secara berlebih-lebihan.

Sikap menghargai ini juga perlu wujud dalam kehidupan berkeluarga. Contohnya seorang anak perlulah menghargai pengorbanan wang ringgit, kasih sayang dan penat lelah ibu bapa bukan hanya dengan mengirim duit tiap-tiap bulan, tetapi perlulah dalam bentuk kasih sayang.

Gua nampak dalam kehidupan berkawan ni lah sikap menghargai ni sangat kurang. Ada orang kata memberi penghargaan dengan cara mengambil berat ni tak perlu ditunjuk, biar hanya dalam hati. Tetapi dari segi psikologi, kawan kita yang kita tidak beri perhatian tersebut akan mudah merasa kecil hati dan seterusnya boleh menghancurkan sebuah persahabatan yang telah terjalin sekian lamanya.

Sebenarnya tak susah pun kita nak bertanya khabar. Tetapi ego kita telah menghalang ianya berlaku. Dalam hubungan berkasih sayang antara dua manusia, sikap menghargai ini sangat penting. Jika pasangan kita sudah memberikan komitmen dalam sebuah hubungan, kita seharusnya menghargainya dengan cara menunjukkan tanda terima kasih dan tidak seharusnya berasa ego untuk meluahkan sikap menghargai dalam diri kita.

Gua rasa mesti ramai yang pernah merasa menyesal kerana sikap berahsia dalam memberi penghargaan menyebabkan sebuah perhubungan musnah. Berahsia itu perlu, tapi kita perlulah bijak memilih untuk menggunakannya. Jangan biarkan seseorang berasa terkilan dengan tingkah laki kita dan dicop sebagai seseorang yang tidak pandai menghargai usaha orang lain yang telah menolong kita dan menyayangi diri kita seikhlas hati.

p/s: kalau masih tak faham sila baca dengan mata hati ye bro. peace ^^

No comments:

Post a Comment