Wednesday, July 25, 2012

KISAH SEORANG HAWA

Assalamualaikum semua dan selamat menyambut bulan Ramadhan gua ucapkan kepada geng—geng yang sedang menahan lapar dan nafsu ye. Maaflah sudah lama gua tak update sebab gua takde idea sangat sejak kebelakangan ni.

Kali ni gua nakcerita mengenai kisah seorang hawa atau erti kata lain adalah seorang wanita. Gua bukan bercakap mengenai kaum hawa yang tertentu ataupun berkenaan sesiapa  sekalipun. Gua hanya menulis mengenai kaum hawa secara keseluruhan mengikut pengalaman gua sepanjang bergelar seorang pejuang di bumi asing ini.



Sudah lama gua perhatikan bahawa kebanyakan hawa ini adalah seorang yang suka memendam perasaan. Tak kira lah perasaan yang sedih, gembira, marah ataupun kecewa dan sebagainya. Tak dinafikan kaum hawa yang mempunyai sikap memendam perasaan ini mempunyai sebab yang tersendiri iaitu untuk menjaga perasaan individu yang lain.

Tetapi pada pandangan gua, sikap sebegini merupakan sikap yang negatif dan tidak seharusnya diamalkan. Beberapa hari lepas gua berkesempatan pergi ke Seminar Kaunseling Kebangsaan dan gua diberitahu oleh pakar kaunselor bahawa sikap kaum hawa terdahulu yang suka melepaskan perasaan mereka dengan secara langsung atau membebel ini telah membuatkan umur mereka panjang berbanding kaum adam yang suka menyembunyikan perasaan mereka.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan sikap memendam perasaan dengan faktor umur seseorang. Di sini gua nak tegaskan bahawa sikap memendam perasaan ini menyebabkan

  1. Masalah yang timbul tidak selesai disebabkan masalah yang berlaku tidak dibincangkan secara terbuka.

  2. Jiwa seseorang yang memendam perasaan ini tidak tenteram kerana tidak meluahkan perasaan tersebut lalu menyebabkan timbul perasaan dendam dan tekanan perasaan.

  3. Orang lain tidak dapat memahami keadaan diri kita dan menyebabkan berlaku tanggapan yang salah ataupun negative thinking.


Sebenarnya gua nak menyeru kepada semua supaya cubalah untuk meluahkan perasaan kita dan berterus terang dan cuba berlaku jujur dalam kehidupan kita kerana kita mungkin akan menyesal suatu hari nanti hanya disebabkan mempunyai sikap sebegini.

Mungkin ada yang berkata tak semua masalah dapat dikongsi tetapi semua masalah ada penyelesaiannya dan cubalah mencari penyelesaian tersebut dan bukan hanya lari dari masalah dengan hanya memendamnya dengan harapan dapat melupakan masalah tersebut.

Akhir kalam, jangan berada dalam dunia kita sendiri kerana Allah mencipta ramai manusia untuk nasihat- menasihati antara satu sama lain dalam pelbagai perkara dan selesaikan masalah waima sekecil zarah sekalipun.

P/S: sorry entry gua kali ni agak serius.Mungkin mood puasa ni kot.hehe

No comments:

Post a Comment