Wednesday, July 25, 2012

Sepi dan sunyi....



Gua sejak akhir-akhir ni rasa sangat sunyi sangat. Kalau dulu gua tiap-tiap malam sebelum tidur mesti gaduh ala-ala manja gitu dengan dormate gua. Ke hulu ke hilir berkepit je terutamanya si Hafiz Soleh tu.



Gua masih ingat lagi pengalaman gua dipanggil oleh senior yang berpangkat Leftenen Muda. Masa tu gua dan Hafiz ni nak pergi ke kelas dengan berpakaian No.3 iaitu pakaian rasmi pelajar tempat gua belajar tetapi masa tu kami tak pakai apoulette, alah yang atas bahu tu sebab masih tak dapat lagi. So nak dijadikan cerita pada malam tu kami berdua diarahkan untuk melapor ke bilik senior tersebut dengan berpakaian No.3 lengkap.

Tepat 2100 kami telah siap terpacak di hadapan bilik senior kami. Gua masih ingat lagi kami telah diberi ‘tazkirah’ oleh senior kami dan perlu melakukan arahan yang telah diberi iaitu memanggil senior tahun satu ke bilik senior. Gua juga perlu memangil kesemua ahli bilik gua tetapi ahli bilik gua memperkecilkan arahan senior tersebut dan mendakwa dirinya tidak takut dengan arahan tersebut dan enggan melaporkan diri di bilik senior.

Setelah puas gua paksa,akhirnya mereka turun. Ahli bilik gua yang tadinya berani tiba-tiba kelihatan pucat lesi.

“kau demam ke ape ni?”, jerkah senior tersebut.

“ya, saya demam tuan” ,balas member gua dengan keadaan menggigil.

Senior telah mengarahkan member gua tersebut baring di katil sambil berkedudukan sedia. Masa ni gua dah tak boleh tahan dah. Maunya nak pecah perut kalau gelak ni tapi depan senior kan, so gua cover baik punye lah. Tulah tadi berlagak sangat kan.

Naik je bilik gua dan member lain bantai gelak habis-habisan.

Dahlah, rasa malas lak nak bercerita. Kang jadi isu pulak kan. Sebenarnya gua sekarang tengah bercuti di kampung jadi rasa tersangatlah sunyi. Gua ni jenis yang suka bercerita tetapi sekarang ni takde siapa yang sudi mendengar disebabkan ramai member gua tengah sibuk. Ada yang sibuk berniaga, bekerja, beronline 24/7, ada yang sampai berproject. Papepon gua harap semuanya sihat walafiat dan harap kita dapat menjadi seperti dahulu.

p/s: Hafiz baca ni mesti kutuk gua kaw-kaw tapi dalam hati terharu.kah kah

No comments:

Post a Comment