Wednesday, July 25, 2012

Sepi dan sunyi....



Gua sejak akhir-akhir ni rasa sangat sunyi sangat. Kalau dulu gua tiap-tiap malam sebelum tidur mesti gaduh ala-ala manja gitu dengan dormate gua. Ke hulu ke hilir berkepit je terutamanya si Hafiz Soleh tu.



Gua masih ingat lagi pengalaman gua dipanggil oleh senior yang berpangkat Leftenen Muda. Masa tu gua dan Hafiz ni nak pergi ke kelas dengan berpakaian No.3 iaitu pakaian rasmi pelajar tempat gua belajar tetapi masa tu kami tak pakai apoulette, alah yang atas bahu tu sebab masih tak dapat lagi. So nak dijadikan cerita pada malam tu kami berdua diarahkan untuk melapor ke bilik senior tersebut dengan berpakaian No.3 lengkap.

Tepat 2100 kami telah siap terpacak di hadapan bilik senior kami. Gua masih ingat lagi kami telah diberi ‘tazkirah’ oleh senior kami dan perlu melakukan arahan yang telah diberi iaitu memanggil senior tahun satu ke bilik senior. Gua juga perlu memangil kesemua ahli bilik gua tetapi ahli bilik gua memperkecilkan arahan senior tersebut dan mendakwa dirinya tidak takut dengan arahan tersebut dan enggan melaporkan diri di bilik senior.

Setelah puas gua paksa,akhirnya mereka turun. Ahli bilik gua yang tadinya berani tiba-tiba kelihatan pucat lesi.

“kau demam ke ape ni?”, jerkah senior tersebut.

“ya, saya demam tuan” ,balas member gua dengan keadaan menggigil.

Senior telah mengarahkan member gua tersebut baring di katil sambil berkedudukan sedia. Masa ni gua dah tak boleh tahan dah. Maunya nak pecah perut kalau gelak ni tapi depan senior kan, so gua cover baik punye lah. Tulah tadi berlagak sangat kan.

Naik je bilik gua dan member lain bantai gelak habis-habisan.

Dahlah, rasa malas lak nak bercerita. Kang jadi isu pulak kan. Sebenarnya gua sekarang tengah bercuti di kampung jadi rasa tersangatlah sunyi. Gua ni jenis yang suka bercerita tetapi sekarang ni takde siapa yang sudi mendengar disebabkan ramai member gua tengah sibuk. Ada yang sibuk berniaga, bekerja, beronline 24/7, ada yang sampai berproject. Papepon gua harap semuanya sihat walafiat dan harap kita dapat menjadi seperti dahulu.

p/s: Hafiz baca ni mesti kutuk gua kaw-kaw tapi dalam hati terharu.kah kah

Sudahkah kita menghargai???



Gua kali ni nak menceritakan mengenai pentingnya sebuah penghargaan dalam kehidupan. Perkara ini dipandang kecil dan sepi oleh sesetengah manusia tetapi sebenarnya ianya sangta penting dalam kehidupan normal.

Gua rasa anda mesti pernah ditolong oleh seseorang tetapi berasa segan untuk mengucapkan terima kasih sebab perkara ini pun gua pernah hadapi dulu. Tetapi dengan ucapan ringkas tersebutlah menyebabkan seseorang yang telah menolong kita merasa gembira walaupan tidak diberi penghargaan secara berlebih-lebihan.

Sikap menghargai ini juga perlu wujud dalam kehidupan berkeluarga. Contohnya seorang anak perlulah menghargai pengorbanan wang ringgit, kasih sayang dan penat lelah ibu bapa bukan hanya dengan mengirim duit tiap-tiap bulan, tetapi perlulah dalam bentuk kasih sayang.

Gua nampak dalam kehidupan berkawan ni lah sikap menghargai ni sangat kurang. Ada orang kata memberi penghargaan dengan cara mengambil berat ni tak perlu ditunjuk, biar hanya dalam hati. Tetapi dari segi psikologi, kawan kita yang kita tidak beri perhatian tersebut akan mudah merasa kecil hati dan seterusnya boleh menghancurkan sebuah persahabatan yang telah terjalin sekian lamanya.

Sebenarnya tak susah pun kita nak bertanya khabar. Tetapi ego kita telah menghalang ianya berlaku. Dalam hubungan berkasih sayang antara dua manusia, sikap menghargai ini sangat penting. Jika pasangan kita sudah memberikan komitmen dalam sebuah hubungan, kita seharusnya menghargainya dengan cara menunjukkan tanda terima kasih dan tidak seharusnya berasa ego untuk meluahkan sikap menghargai dalam diri kita.

Gua rasa mesti ramai yang pernah merasa menyesal kerana sikap berahsia dalam memberi penghargaan menyebabkan sebuah perhubungan musnah. Berahsia itu perlu, tapi kita perlulah bijak memilih untuk menggunakannya. Jangan biarkan seseorang berasa terkilan dengan tingkah laki kita dan dicop sebagai seseorang yang tidak pandai menghargai usaha orang lain yang telah menolong kita dan menyayangi diri kita seikhlas hati.

p/s: kalau masih tak faham sila baca dengan mata hati ye bro. peace ^^

KISAH SEORANG HAWA

Assalamualaikum semua dan selamat menyambut bulan Ramadhan gua ucapkan kepada geng—geng yang sedang menahan lapar dan nafsu ye. Maaflah sudah lama gua tak update sebab gua takde idea sangat sejak kebelakangan ni.

Kali ni gua nakcerita mengenai kisah seorang hawa atau erti kata lain adalah seorang wanita. Gua bukan bercakap mengenai kaum hawa yang tertentu ataupun berkenaan sesiapa  sekalipun. Gua hanya menulis mengenai kaum hawa secara keseluruhan mengikut pengalaman gua sepanjang bergelar seorang pejuang di bumi asing ini.



Sudah lama gua perhatikan bahawa kebanyakan hawa ini adalah seorang yang suka memendam perasaan. Tak kira lah perasaan yang sedih, gembira, marah ataupun kecewa dan sebagainya. Tak dinafikan kaum hawa yang mempunyai sikap memendam perasaan ini mempunyai sebab yang tersendiri iaitu untuk menjaga perasaan individu yang lain.

Tetapi pada pandangan gua, sikap sebegini merupakan sikap yang negatif dan tidak seharusnya diamalkan. Beberapa hari lepas gua berkesempatan pergi ke Seminar Kaunseling Kebangsaan dan gua diberitahu oleh pakar kaunselor bahawa sikap kaum hawa terdahulu yang suka melepaskan perasaan mereka dengan secara langsung atau membebel ini telah membuatkan umur mereka panjang berbanding kaum adam yang suka menyembunyikan perasaan mereka.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan sikap memendam perasaan dengan faktor umur seseorang. Di sini gua nak tegaskan bahawa sikap memendam perasaan ini menyebabkan

  1. Masalah yang timbul tidak selesai disebabkan masalah yang berlaku tidak dibincangkan secara terbuka.

  2. Jiwa seseorang yang memendam perasaan ini tidak tenteram kerana tidak meluahkan perasaan tersebut lalu menyebabkan timbul perasaan dendam dan tekanan perasaan.

  3. Orang lain tidak dapat memahami keadaan diri kita dan menyebabkan berlaku tanggapan yang salah ataupun negative thinking.


Sebenarnya gua nak menyeru kepada semua supaya cubalah untuk meluahkan perasaan kita dan berterus terang dan cuba berlaku jujur dalam kehidupan kita kerana kita mungkin akan menyesal suatu hari nanti hanya disebabkan mempunyai sikap sebegini.

Mungkin ada yang berkata tak semua masalah dapat dikongsi tetapi semua masalah ada penyelesaiannya dan cubalah mencari penyelesaian tersebut dan bukan hanya lari dari masalah dengan hanya memendamnya dengan harapan dapat melupakan masalah tersebut.

Akhir kalam, jangan berada dalam dunia kita sendiri kerana Allah mencipta ramai manusia untuk nasihat- menasihati antara satu sama lain dalam pelbagai perkara dan selesaikan masalah waima sekecil zarah sekalipun.

P/S: sorry entry gua kali ni agak serius.Mungkin mood puasa ni kot.hehe

Tuesday, July 10, 2012

Tip-tip Telefon Bimbit yang Perlu Kita Ketahui

Fungsi Tersembunyi Handphone Yang Anda Tak Tahu 

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.