Wednesday, May 30, 2012

Hakikat Sebuah Cinta

Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.

Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.

Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.

Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.

Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.

Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.

Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.

Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.

Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.

Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Tuesday, May 15, 2012

Memperingati Hari An-Nakbah

 Assalamualaikum kepada semua sahabat gua yang gua sayangi sekalian.huhu. Hari ini adalah 15Mei iaitu ulangtahun penjajahan Zionis laknatullah ke atas Palestin yang kita cintai. Gua nak pesan je, rock-rock mana pun kita,sehebat mana pun kita, sepandai mana pun kita, silalah mengingati perjuangan saudara kita nun di sana yang mempertahankan masjid suci kita, MASJID AL-AQSA. Allahummaansuri Islam Fi Palestin. AMIN.


 







60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

Sepuluh Fakta tentang Nakba

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.

Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.

‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati.

Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.

Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah.

Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.

Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!

Thursday, May 10, 2012

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.



Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.



Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Petua Menangani Tekanan

Kali ni gua pegi mana-mana gua tengok muka manusia sekarang ni kelat dan kusam je.Maklumlah dunia sekarang ni kan ramai manusia mengejar dunia.Semalam gua pergi ceramah Hijrah Cinta oleh Ustazah Fatimah Syarha, ada disebut hadis yang berbunyi manusia akhir zaman akan mempunyai penyakit wahan iaitu sayangkan dunia dan takutkan mati.

Gua nak gtau lu semua lah,rock-rock mana pun lu jangan lah buang akhirat. Kalau tak nanti lu jugak rasa tensen dan stress je memanjang walaupun duit banyak berkepuk kan.

Dunia ni semakin dikejar semakin jauh tau. Gua malas nak fikir nant gua cirit-birit balik jadi gua nak lu fikir lah kenapa dunia ni semakin dikejar semakin jauh??

Contohnya kalau lu mengidam nak motor sebab lu sekarang ada basikal je, bila dah dapat motor, lu sibuk merengek nak kereta pulak. Contoh lain macam awek la. Jumpa awek cun mengorat sampai dapat. Bila dah dapat dan jumpa awek lain lagi cun, nak ngorat awek tu pulak. Semua ni dipanggil NAFSU!!

Akhirat ni pula semakin dikejar semakin hampir.Gua malas nak huraikan lah sebab pasti lu pun dah tahu kan. Sebenarnya gua nak share gambar ni je.Jadi meleret pulak..

Tuesday, May 8, 2012

Beliau Akan Berak Pada Satu Majlis Pembukaan

Kesian mamat ni. Tak pasal-pasal satu Malaysia cop dia ni kaki berak. Mengikut lecturer english gua kat UPNM ni iaitu Kapten Afiq, kalau hujung perkataan tu ada 's', kita anggap banyak lah sebab "S" ni plural jadi maksudnya ada lebih dari satu tau.Gua dah pening ni. Tapi gua faham maksudnya dia akan berak berkali-kali pada satu majlis pembukaan.



Saya takut jadi pelay boy berstatus duda dan hobi saya



 

 



 

Pandaikah perempuan itu?

Salam ukhwah salam perpaduan.skemanya ayat. Kali ni gua nak story mory cerita panas lagi memanaskan di tempat gua ni.

Gua tak nak jatuhkan hukum atau nak malukan seseorang. Kira anggap sahaja gua bercerita untuk jadikan sebagai pedoman kita bersama.

Anda bayangkan la cerita ni dengan otak yang waras ye. Sebab gua fail bila bercerita dengan hati yang lagi memanaskan ini. Maaflah, tiada unsur lawak lagi melawakkan kali ini. Gua panas derr.

Situasi 1:

"Hye sayang, boleh tak tolong b (panggilan si pakwe a.k.a babi) buatkan eseimen yang melambak ni. B penat la malam ni. Nanti b belikan sayang goreng pisang Makcik Senah sekilo ye"

Situasi 2:

  "Sayang, nanti tolong buatkan b essay yang banyak berjela tu ye. Malam ni sayang buat dan esok sayang bagi b ye. Nanti b bagi la hadiah berupa kucupan mesra dekat sayang ye"

Situasi 3:

"Eh sayang cepatlah sikit bagi jawapan tu"

"psss..macam mana nak jawab soalan nnombor dua ni?"

"sayang pass la kertas sayang kat b sekarang, b nak tiru jap"

Situasi ni paling gua panas sebab masa ni tengah exam dan baru berlaku beberapa saat yang lepas. Dahla pasangan yang ala-ala bajet sweet ni duduk belakang gua. Kalau lu panas x derr? Sampai mengganggu gua nak jawab exam je. Kalau fail ni salah pasangan ni lah (padahal selalu fail)

[caption id="attachment_260" align="aligncenter" width="505"] satu gambar menerangkan segalanya.gua nak lu semua fikir sekali dengan gua[/caption]

 

Gua bukan nak masuk campur dalam hal ni. Tapi lu fikir lah pandai ke bangang tahap cipan perempuan itu? Gua tak nak jawab sebab bukan tanggungjawab gua nak hukum cuma gua tulis nak tanya pendapat lu semua la dan nak bagi pengajaran.

Kenapa si b tu tak suruh sayang dia buat semua benda je. Tolong basuh berak ke, basuh jamban ke,tolong mandikan ke, tolong korek hidung,tolong sapukan ubat kurap ke. Banyak lagilah kalau gua nak sebut dekat sini.

Sebelum terlambat gua nak wish kepada adik-adik, saudara-mara, bakal adik ipar :p, dan warga lulusan spm dan lulusan macam-macam kelulusan tahniah kerana sudah dapat menyambung pengajian di mana-mana tempat. Yang dapat UPNM tu gua tak tahu la kenapa ye.Terlebih 'pandai' kot.. BE THE BEST BEAT THE REST!

Salam geli-geli.....

Monday, May 7, 2012

Awak mengumpat?

Pagi yang gelap kini sudah terang..lalala..wah bangun tidur terus gua update nih.Bukan apa takut otak gua tepu pula kan. Sebenarnya esok gua ada test tapi semangat nak study tu ala-ala cirit birit lah. Sekejap rajin sekejap malas gitu.

Okeylah kali ni gua nak cerita pasal isu keji-mengeji dan umpat mengumpat. Isu ni mengikut kajian gua selama beberapa tahun sudah berada di tahap yang membimbangkan apabila virus yang berasal dari perempuan ini sudah mula merebak kepada  lelaki. Gua tak nafikan lah gua pun sudah terkena virus ini.



Tapi bagi gua biarlah sesiapa nak mengumpat atau nak keji kita pun asalkan kita tahu apa yang kita buat.Lagipun tugas manusia hanyalah nasihat-menasihati sesama kita kerana kita semua bukanlah sempurna secara fitrah kan. Tugas kita sebagai manusia ni bukan untuk menghukum orang lain kerana itu tugas Allah S.W.T. Jadi kalau kita menghukum orang lain adakah kita ni menjalankan kerja Tuhan? Wallaualam.

Selain umpat- mengumpat ni gua paling menyampah isu suka sangat membocorkan rahsia orang lain. Gua pernah la terkena dengan kawan gua sendiri. Gua dengan secara bangang percaya dan menceritakan tentang rahsia gua dekat kawan gua tu. Lepas tu boleh pula dia pergi cerita dekat semua orang. Nenek, adik, ayah, jiran sebelah rumah, sepupu-sepapat, saudara-mara, bakal mak mertua dan banyak lagi lah.

Tapi sebagai orang yang ala-ala pemaaaf gitu,gua biarkan lah dia tu kerana ini kan satu kehidupan kan. Jadi anggap je semua itu dugaan hidup kerana hidup ni satu persinggaahan dan perjalanan untuk kita menuju alam kekal dan ingat setiap perjalanan mesti ada cabaran.

Adioosss....

Sunday, May 6, 2012

It's True!!!

Download movie The Avengers Free

Sekarang ni telinga gua asyik panas je. Bukan ape melihat dan mendengar penukang cerita ni asyik-asyik tentang cerita Avengers. Gua bukan ape, dah lama tak keluar berjalan-jalan berlenggok-lenggokan di jalanan Kuala Lumpur kota maksiat ini. Bukan kerana sifat jijik yang ada pada gua dan sifat dikskriminasi gua terhadap Kuala Lumpur, sebabnya gua malas dan semakin malas tahap dah super duper dah ni. Sebelum gua nak merapu meraban baik gua bagi lu kat luar sana tengok gambar ni. Kira gua bayangkan macam dah tengok movie yang sebenar lah kan.

 

[caption id="" align="aligncenter" width="685"] auuuwww.kami comel kan :D[/caption]

 

Saturday, May 5, 2012

Jom pakat fikir

Boleh tak seorang yang bukan Islam menjadi imam kepada jemaah yang sememangnya orang Islam? Jawapannya tak boleh....... HARAM.. Sebab apa? Cuba beri jawapan selain daripada jawapan ini, "dia berlainan agama..." 
 
Boleh tak seorang yang bukan muslim tolong orang Islam yang perlukan pertolongan? Contohnya, abang korang dilanggar lari oleh sebuah kereta, abang korang meronta-ronta kesakitan. Abang korang Islam. Tiba-tiba,ada seorang bukan Islam datang membantu abang korang. Boleh ke tak boleh? Jawapannya boleh. Sebab apa? Cuba beri jawapan selain daripada jawapan "DARURAT"..
 
Seorang beragama Islam melakukan kesilapan lalu dihukum oleh hakim yang beragama bukan Islam. Boleh atau tak boleh?? Sebagai contoh seorang pelajar Islam dihukum berdiri atas kerusi oleh cikgunya yang bukan beragama Islam atas kesalahan terlupa membuat kerja sekolah. Boleh ke tak boleh?
 
Anda adalah seorang ketua kepada askar-askar. Setiap askar mempunyai matlamat untuk menyelamatkan negara. Semasa berperang, ramai askar yang mati dan cedera namun korang berjaya berjaya menyelamatkan negara. Apabila anda pulang, anda dipersalahkan oleh isteri-isteri dan anak-anak si askar yang mati kerana anda dikatakan gagal lead askar-askar anda sehingga ramai askar-askar di bawah anda mati sedangkan matlamat anda ialah menyelamatkan negara. Adakah anda bersalah atau tidak? Anda tahu, askar-askar tu mati sebab kelalaian mereka tu sendiri yang bertindak melulu tanpa mengikut arahan.
 
p/s: tiada kene mengena dgn isu semasa ye

Satu wajah penuh makna

Kali ni gua nak kenalkan orang yang paling gua salute lah..kalah jeneral ke ape. Orang yang paling banyak bekorban demi keluarga gua. Walaupun umur dah 60 lebih, tapi masih gagah mencari sesuap nasi untuk keluarga gua. Sambil tengok gambar abah gua ni sambil ditemani lagu You Raise Me Up, mata gua dah mula leleh beb wa cakap sama lu. Gua nak ucap nih, I LOVE U ABAH <3

[caption id="attachment_240" align="aligncenter" width="645"] MY HERO :D[/caption]

Saya Comel

[caption id="attachment_236" align="aligncenter" width="645"] comel kan :D[/caption]

Friday, May 4, 2012

Cerita seorang atlet boroi

Wah.golek-golek sikit ye.gua hari ini dengan perasaan menggoleknya nak pegi swimming nih. Sebagai atlet swimmning kampung gua, gua tidak boleh malukan orang kampung gua nih.

Setelah siap berpakaian sukan,ala-ala pelakon porno gitulah kan. Siap body tight dan seluar tight berserta goggle di dahi lagi kan. Gua jalan dengan penuh yakin dan bangga pabila disapa musuh-musuh gua.

"helo taiko mau pegi jadi porn star ka?"

Ayat taik betol musuh-musuh gua nih nak membahan gua yang muka ala-ala cute gini. Dengan perasaan dengan penuh bongkak, gua masuk dalam lif ditemani membe gua dan beberapa senior yang muka macam nak telan gua je. Tak ape,gua faham mereka ni mungkin kelaparan di saat matahari membahangkan dirinya kan.

"weh apa barang nak pegi swimming lenggok bak perempuan ni.Jomlah joging sikit", bentak gua kepada membe tanda menunjukkan perasaan semangat gua nak pergi swimming.

Masa gua joging tu gua nampak ada friendly football match antara abang-abang askar UPNM merangkap staf-staf lah. Boleh pula masa tu semua staf asyik usha kat gua je.

"ish x boleh jadi ni.Mungkin ada benda nak jadi ni",bentak hati gua kegersangan gitu.

Aaiikk,,,mana semua swimmer terhebat UPNM nih. Gua tengok kolam hari ni lengang je. Gua pun lambai-lambai ala-ala minah ayu kat membe gua yang kelihatan cuba memberikan senyuman balas secara terpaksa.

"der,apesal korang melepak je tepi kolam nih?xde bran nak terjun ke der?" jerkah gua kat membe gua dengan               nada penuh bangga.

"bro,kolam hari ni tutuplah.staf semua pegi min bola", balas membe gua dengan diakhiri sekilas  senyuman tanda membalas ejekan gua.

"apa kata kita g makan dulu ke", sapa seorang lagi membe gua. Gua dengan bongkaknya menolak.

Gua dengan perasaan penuh malu,cabut lah ke blok asrama gua dengan perasaan megah yang sudah hilang tadi..Sampai separuh jalan, gua fikir baik gua makan je. Kadar kebijakan gua untuk membuat keputusan ni sungguh merimaskan gua betol.Kejap nak makan, kejap tak nak.

[caption id="" align="alignnone" width="720"] kelihatan bebrapa porn star sedang beraksi.ni gambar gua cilok je[/caption]

Sampai je maple tepi kolam tu gua tgk membe gua makan dengan gelojohnya tanda membuatkan gua terliur lah konon. Tanpa pelawaan membe gua tadi, gua dengan muka yang sopan, gua makan sebelah membe tadi.

Cuba korang bayangkan,dengan pakaian renang,gua pegi makan dekat maple. Dah lah bedal kari mamak.makan pulak sampai tertonggeng-tonggeng. Nasib baik sifat sopan gua iaitu kentut di tempat terbuka tidak datang. Mesti kata gua pengotor nih. Bukan apa, gua kan penyokong hak asasi manusia sejagat gitu.hehe.

Dah lah, malas gua nak taip lagi. Nak pegi membuncitkan perot dulu ye.

Sekian dari atlet perasan,

-gguuaaaaa-

 

Thursday, May 3, 2012

Cara-cara Mengorat

Salam hormat,
Buat sahabat-sahabatku sekalian,
Yang masih single dan tercari-cari Aweks impian imian anda.

Sebagai seorang lelaki, walaupun diberikan 9 akal, kebanyakan dari anda masih lagi tidak mampu untuk menggunakan salah satu dari 9 akal itu, untuk memancing Aweks yang menjadi idaman & buruan anda selama ini.

Entah dimana silapnya, walaupun anda kacak dan hensem, tiada seorang Aweks pun yang ‘lekat’ dengan anda. Timbul 1001 persoalan bermain difikiran anda.Puas anda memikirkannya. Hendak ditanya pada rakan-rakan, takut dipersendakan.

Manakan tidak, kawan-kawan anda yang kacaknya tidak seberapa, dan pulak tuh, ada yang di kategorikan dalam golongan ‘muka pecah rumah’, tapi Aweks hot giler bak Lisa Surihani atau Raja Farah. Sah-sah anda kena bantai gelak dan menjadi bahan kutukan.

[caption id="" align="aligncenter" width="604"] jangan mengimpikan solehah jika diri tidak soleh [/caption]


Kalau di dalam alam maya seperti Friendster, Myspace, Facebook, YM & MSN Mesengger, wahhh bukan main jiwang dan cintan-cintan, berlagak romeo dan macho giler. Tapi selepas keluar 1st dating, apa yang hendak disembangkan pun terkedu-kedu. Semuanya seperti serba tidak kena. Memandang kiri dan kanan, atas & bawah, padahal Aweks depan mata.

Cuba diberi keyboard dan mouse, perghh !!! ... pantas giler mengayat. Maaflah jika saya katakan, hanya 'looser' sahaja yang bersikap demikian. Saya tidak mahu anda menjadi 'looser' seperti itu.

Mudah sahaja jawapannya. Kita ini sebagai manusia, harus berkomunikasi di alam yang nyata untuk membina hubungan sesama kita, terutama sekali jika ia melibatkan cara-cara memancing Aweks.

Adakah anda hanya ingin pandai bercinta diinternet, tetapi looser di alam yang nyata? Fikirkanlah..

Senang cerita macam ini jelah. Anda datang ke UPNM dan cari Dr. Cinta..mesti ramai kenal kan.haha

p/s: maaf tajuk lari topik ye.hee

Wallaahualam.. =D

HDR Image

Sekarang ni dah mula nak mula balik edit gambar ni. dulu malas yang amat sangat.heh.layan jelah ye kemalasan aku nih.

Pembersihan warga UPNM

Pada 27 haribulan 4,Pusat Kaunselor UPNM telaah menghantar wakil pelajar bagi menjalani pembersihan minda di Kem El-Azhar di Morib. Pembersihan pada kali ini bertujuan melatih beberapa pelajar untuk menjadi fasilitator yang mempunyai jati diri yang bersih. Sebelum ayat aku ni jadi lagi nak skema sangat baik korang usha jelah semua gambar ni.Bukan apa,sekarang ni dah jadi malas semalasnya dah,hoho

[gallery link="file"]