Wednesday, February 29, 2012

SEKADAR CERITA SEORANG HAMBA

          “Sudahlah tak hensem,harta pula tiada. Memang malanglah nasib engkau. Orang lain dah punya segalanya. Engkau apa ada? Belajar pun merangkak lagi.” Serentak kata-kata itu terpacul, gelak ketawa pula mengiringi. Bukan seorang dua, empat semuanya.

          Senyuman hanya mampu diukir, tersengih-sengih. Kaki kemudian mengatur langkah mengundurkan diri. Malu. Bagaimana dirinya dipersendakan  teman-teman? Digelakkan sebegitu rupa. Pada raut wajah, dia cuba berbuat seperti tiada apa yang berlaku. Sindiran sebegitu baginya telah biasa. Namun dalam hatinya, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu perit derita dia.

        Dia bertemu pula dengan seorang gadis. Asalnya hanya sebagai teman. Namun, dalam diam dia cuba pula menaruh perasaan. Akhirnya kata disambut tanda hati telah menerima. Luahan jujurnya kepada gadis itu seakan-akan punya rentak yang sama. Seolah-olah ada jawapan dan punya harapan.

        Dalam diam tanpa diketahui orang lain, mereka hanya berhubungan melalui sms. Jua hanya mendengar suara di sebalik canggihnya jaringan telefon. Bertemu hanya di rumah gadis itu di hadapan keluarga. Bahkan sukar benar orang lain mengesan rentak mereka. Hati berbunga kerana mungkin inilah gadis yang dicari selama ini.

          Gadis itu memberinya harapan. Bertanya khabar, mngambil berat akan makan minumnya. Bahkan keluarga gadis itu menjadikan dirinya anak angkat dan sentiasa di bawa kemana jua tempat yang dilawati.

          Namun, harapannya seakan-akan musnah. Gadis itu kemudian menyatakan diri tidak bersedia. Akalnya bingung. Cuba bertanya, mengapa sebelum ini dia diberikan harapan? Akhirnya, dia kembali tersungkur. Baru merasakan diri dipermainkan. Benar, langkahnya menjadi longlai semula. Fahamlah dia, gadis itu barangkali sekadar mahu menguji.

        Pada malam itu, dia melangkah ke masjid. Sudah lama dia tidak turut bersama-sama berjemaaah. Dengan menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah seolah-olah memberinya seribu  ketenangan. Di satu sudut, dia cuba merenung ke dalam diri. Air mata tumpah di pipi. Daripada setitis kemudian makin laju. Tanpa disedari, ada mata lain sedang memerhati. Cepat-cepat dia menyapu. Lengan bajunya dijaikan alas memadam air mata yang telah mengalir di wajahnya.

         “Ya ALLAH, dugaan apakah yang ENGKAU berikan kepadaku ini? Mudah benar ipermainkan orang. ENGKAU biarkan mereka bergelak ketawa. Tetapi aku, ENGKAU biarkan berduka lara. ENGKAU berikan orang lain kelebihan, sedangkan aku ENGKAU hampakarkan penuh kelemahan. Pedihnya, Ya ALLAH.” Hatinya merintih mengadu kepada ILAHI.

        Tanpa manyedari sudah agak lama dia tidak berbicaraq kepada-NYA. Pagi itu, sebaik terjaga kira-kira jam 4.00 pagi, dia lanjutkan dengan solat sunat hajat. Mohon diberikan ketenangan dan dilindungi daripaada kesedihan. Hatinya kuat meronta agar diri berada di masjid yang sama untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
 
       Seusai menunaikan kewajipan itu, ketika mata masih terasa mengantuk, dia termenung di satu sudut. Alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan dibacakan jemaah terngiang-ngiang di telinganya. Tersedarlah bahawa sudah agak lama halwa pendengarannya pekak daripada kalimah ALLAH S.W.T itu.

      Selepas itu, motosikal dihidupkan enjinnya. Dalam perjalanan pulang, dia bagaikan disentap dengan lintasan kata-kata di benaknya. Di sebalik dingin pagi itu, ada sesuatu yang terpendam di dalam hatinya. Dibiarkan bisikan itu berlagu. Mungkin ada pujukan buat dirinya.

      “Tidak mengapa engkau dihina di mata manusia. Jangan ihina di mata Pencipta. Di sebalik kekurangan harta, engkau masih memilih kekuatan untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Sedangkan orang lain walau harta melimpah ruah, belum tentu mampu mendampingi TUHAN. Teruskan langkahmu, biarkan kekuranganmu itu menjadi kelebihan bagi ALLAH S.W.T . La tahzan innallaha ma’ana yang bermaksud; janganlah bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kita.”
        Kata-kata itu pernah ditatapnya. Hadir daripada karya Dr. Aidh al-Qarni. Betapa buku itu pernah memberinya semangat untuk kembali mencari cinta ILAHI pada suatu ketika dahulu. Waktu itu,dia tersungkur dalam menjalani kehidupan dan sudah rasa putus harapan.

       Fahamlah dia. Rupa-rupanya ALLAH S.W.T mahu menguji apakah benar cintanya itu. Apakah di sebalik kekurangan dan kelemahan, dia masih bias memilih cinta-NYA daripada cinta manusia? Sedarlah dia kini…

      Sesungguhnya, ALLAH S.W.T menyimpan banyak kebaikan baginya pada kemudian hari untuk menguji apakah dia mampu bersyukur di sebalik harta dan kemanpuan diri. Dia yakin, suatu hari nanti segala-galanya akan berubah. ALLAH S.W.T tidak akan mensia-siakan kesabaran dan rintihan hati hamba-NYA.

      Keyakinan itu terdetik, jika tidak dibalas di dunia ini maka di akhirat kelak sahamnya akan bercambah. Benar. Sesekali hatinya menyeka kata-kata keramat itu. Setiap kali mengingati, hatinya akan berlagu indah. Betapa bait-bait ayat itu memberikan keyakinan kepadanya.

    “Apabila ALLAH ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambaNYA, DIA akan mulakan dengan musibah.” Benar kata-kata ini.

     Semangatnya kian membara. LAngkahnya kini penuh keyakinan. ALLAH S.W,T kini menjadi tujuan hidupnya. Rasulullah s.a.w pula ikutannya.

     “La Tahzan. Ya ALLAH, lagukan mjunajat cinta-MU itu kepadaku. Aku rindu kepada-MU.” Kata- kata itu diucapkan penuh syahdu.
 
    Sewaktu hatinya pula semakin penuh dengan cinta ILAHI. Tulisan caca marba ini adalah hasil ilham cerita sebenar seorang teman…Ditujukan kepada mereka yang kosong jiwa dan sedang mencari cinta ILAHI. Semoga ALLAH S.W.T memberkati kalian. Amin…..

SEKIAN.

1 comment: