Friday, December 9, 2011

HUKUM WANITA LETAK GAMBAR DI FACEBOOK

Ramai yang taktahu situasi sebenar jika seseorang perempuan tu meletakkan gambar diorang sebagai profile picture dekat facebook tuh, antara boleh atau tak boleh kan?

Haa ni aku nak share skit video ni, ni pandangan dari seorang ulama’ yang rata-rata kenal la, Ustaz Azhar Idrus, so korang just tonton video ni dan bawa-bawa berfikir.

Bukan hanya untuk wanita/muslimah tetapi untuk lelaki/muslimin yang ada adik-adik atau kakak-kakak perempuan and saudara mara yang perempuan tuh. Jemput-jemput nasihat menasihati.                   









Seterusnya, saya ingin memberikan beberapa cerita tentang. Cerita ini berkaitan GAMBAR ANDA DICURI ?? . Ada satu laman web ini, Fantasi Dunia. Laman web ini mengumpul semua gambar perempuan artis, selebriti dan gambar orang yang upload gambarnya ke internet. Mungkinkah laman sesawang tersebut mengambil gambar-gambar itu tanpa izin ? Wallahu'alam. Adakah anda ingin gambar anda dibuat seperti di website itu ? Sudah tentu tidakkan. Anda bukannya patung untuk dipamerkan dan diundi kan. 

Ini peristiwa dan kesan orang yang pernah menguploadkan gambarnya ke laman sosial iaitu Facebook. Jom kita baca :- 


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam. 


Sentiasa beringat, semakin banyak gambar dipamerkan, semakin rendah maruah seseorang insan itu terutamanya perempuan. Jadi sama-samalah kita beristighfar kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment