Monday, December 5, 2011

Tanda lelaki sudah sayang.. ;)



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta

dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan

sikapnya dapat dilihat dengan jelas.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba

menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk

cinta sanggup berkorban dan melakukan apa

sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati

lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya

dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil

kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan

lelaki untuk mu itu.



Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu

sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu

untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak

silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan

sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia

bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu

sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil

kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar.

Betapa beruntungnya kamu.





Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu

senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan

perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah

tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu

kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi

tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan

suasana ceria setiap kali berdampingan dengan

orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk

membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa

senang dan terhibur.





Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang

kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba

memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud

mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang

yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan

lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya

dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.

Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.





Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh

kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati,

cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu

menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu

berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong

kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap

apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap

inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia

cemburu asalkan tidak cemburu buta!





Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan

termasuklah bimbang akan kehilanganya.

Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia

selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan

kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai

hubungan kamu dan bagaimana untuk menyela

matkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh

biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!





Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman

lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu

bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di

hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia

ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau

sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi

setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi

pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu

mendalam terhadap mu..





Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah

marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak

diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang

dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-

luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh

menjadi pendengar setia apabila berdampingan

dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya

tidak berguna pada kamu.





Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu

berperangai tidak ubah seperti anak-anak

kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih

hatinya melayannya lebih daripada orang lain

yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,

sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula

kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan

senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya

kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.

Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang

membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya

dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa

bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan

menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan

apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak

dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!





Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satusatu

tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.

Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.

Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan

darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan

soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan

anggap itu satu persoalan yang membosankan.

Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu

kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah

tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu

betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu

sudah dimiliki olehnya.



Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya..

Bukan semua lelaki anggup menitiskan air

mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah

kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup

menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan

cintanya begitu kuat buatmu.



Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan

lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila

teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding

dirinya. Apa sahaja yang dilakukan sematamata

untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan

berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi,

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya….



Susah hendak mencari seseorang yang begitu mencintai kita, apabila sudah berjumpa jagalah dan hargailah dirinya



p/s: to someone that i love ,Amalina Alzari <3

No comments:

Post a Comment