Tuesday, November 1, 2011

Kenapa Lelaki Mengabaikan Perempuan

Lelaki mempunyai sebab kenapa dia tidak dapat menjalinkan hubungan dengan si perempuan. Lelaki juga mempunyai sebab kenapa dia menolak cinta si perempuan. Banyak sebab mengapa lelaki bertindak sedemikian. Jadi, perempuan perlu memahami bahasa tubuh dan reaksi si lelaki sebelum membuat sebarang kesimpulan. Antara alasan si lelaki ialah :

-Lelaki sudah mempunyai buah hati malah buah hatinya lebih hebat daripada si perempuan.
-Hati lelaki pernah terluka dan kecewa teruk akibat ditipu oleh bekas kekasihnya.
-Lelaki belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan yang serius.
-Lelaki mungkin sudah bertukar angin dan membenci perempuan. ANTI-PEREMPUAN katakan.
-Malah, si lelaki mungkin lebih berminat dengan kaum sejenis. HOMOSEKSUAL mungkin!
-Lelaki mungkin berfikiran negatif terhadap si perempuan dan menganggap bahawa si perempuan hanya mahu mengikis wangnya saja.
-Lelaki memandang si perempuan tidak lebih daripada seorang kawan sahaja.
-Lelaki ini mungkin dari spesies yang suka menjual mahal. Maklumlah, semakin ramai yang menggilai dia, semakin naik sahamnya. Jual mahal itu wajib baginya! Mungkin si lelaki mahukan si perempuan namun jual mahal itu penting.
-Lelaki berfikiran panjang. Dia berpendapat bahawa sekiranya poketnya kering kontang, lantas si perempuan akan meninggalkan si lelaki. Jadi, untuk apa si lelaki menerima cinta si perempuan sedangkan poketnya kosong.
-Lelaki ini mungkin tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman bercinta. Jadi dia kelihatan ‘blur’ dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan langkah. Maklumlah, budak baik!
-Lelaki ini sememangnya tak berminat langsung dengan si perempuan. Sebab itu dia langsung tak menoleh ke arah si perempuan walaupun perempuan berpakaian seksi!
-Lelaki mungkin memilih. Taraf tak sama, tak mungkin dapat bersama.
-Lelaki mungkin memilih perempuan yang seusia, muda daripadanya, atau berusia daripadanya. Jadi, kalau ditakdirkan hatinya terpikat kepada perempuan berusia, namun perempuan yang sedang memikatnya itu ialah perempuan muda, mungkin si lelaki akan mengucapkan BYE-BYE.
-Lelaki tidak suka perempuan yang memulakan langkah terlebih dahulu. Hal ini akan mencabar kewibawaannya sebagai seorang lelaki.
-Bekas kekasih si perempuan ialah sahabat karibnya. Jadi, si lelaki tidak tergamak untuk melukakan hati sahabat karibnya itu.
-Lelaki ini sememangnya dari spesies lelaki ego. Sukar untuk mengaku perasaan sendiri.
-Lelaki mungkin dalam proses ingin berpisah dengan kekasihnya. Jadi, dia tidak ingin kelihatan seperti seorang lelaki berhidung belang atau dalam erti kata lain, PLAYER.
-Lelaki jenis ini mungkin tidak pandai berkasih sayang. Bagaimana agaknya bercinta? Hmm..
-Lelaki tahu bahawa si perempuan akan meninggalkannya sekiranya si perempuan tahu tentang sejarah silamnya seperti si lelaki pernah mempunyai sejarah sakit mental dan sebagainya.
-Lelaki seperti ini mungkin hanya ingin berfoya-foya saja dan kebetulan si perempuan bukanlah ‘taste’ dia.

No comments:

Post a Comment